Calon soleh dan solehah =)
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antarapelajar dan guru tersebut berbunyibegini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahuke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput disitu dan sambil memandang rumput didepan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagiwalaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang danbuat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semulake kelas, tiada pun rumput yang beradadi tangannya. Maka cikgu pun bertanyakepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruhpetik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandangrumput yang berada di situ, sayacarilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depansambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi keranayang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham denganorang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyakperkara yang menggugat perhubungantersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa palingcantik dan paling baik pada MULAnyawalaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.Maka sayangilah orang yang berada didepan kita dengan tulus dan ikhlas
Sekiranya kita mengimpikan seorang wanita sebaik saiditina Fatimah pastikan kita terlebih dahulu menjadi seperti saidina Ali. Jika mengimpikan lelaki sebaik saidina Ali bimbing dan bentuklah diri menjadi seprti saiditina Fatimah. Janji Allah itu pasti benar.
Sekadar renungan =)
No comments:
Post a Comment