Diantara Sabar Dan Mengeluh
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab,
"Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab,
"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Qala Allah:
"Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "
Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah..
bertemu kembali,,, sebelum ini ana ada bagi tau yang ana ada beli bukukan,, antaranya ini la buku tu,,, ana dah bace sampai habis... alhamdulillah,, mungkin buku ini sesuai bagi muslimat yang baru mula hendak berubah kepada muslimah solehah, tapi sebenarnya yang telah menjadi muslimah solehah pun juga mesti membacanya kerana terdapat perbagai input yang menarik serta banyak menyediakan panduan ibadah dan akhlak yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan pengajaran untuk mengasuh diri kita. Bagaimana ana boleh membeli buku ini ya? mungkin disebabkan ana tertarik dengan tajuknya dan namanya, dan terdetik di hati untuk membelinya, buku ini mengupas dan menyedarkan wanita Muslimah yang larut dengan gaya kehidupan modern. Bacaannya gaya ala santai dan ibarat penulis berbual menginformkan sesuatu kepada kita. Bahagian yang paling ana suka dalam buku ni ialah panduan ibadah dan akhlak yang mana penulis telah membahagi kan kepada satu jadual khas yang tedapat di dalamnye 6 kolum a-solat, b-istigfar, c-puasa, d-akhlak, e-membaca bahan bacaan yang mana telah memberi tunjuk ajar agar kita dapat memulakan amalan sunat dan amalan doa serta hafalan2 surah dari juzuk 30 sampai habis mengikut bulan mesti secara istiqamah la,,hehehe,, satu lagi ana mesti wajibkan diri ana habiskan bahan bacaan buku-buku agama sekurang2nya 2 buah buku sebulan untuk menambahkan tsaqofah ana, penulis ini juga ada cuba menganjurkan dan mencadangkan bacaan kitab-kitab agama yang boleh didapati dipasaran sekarang.Seterusnya buku ana yang kedua, bila baca tajuk rasanya inilah salah satu bahan yang boleh dijadikan rujukan bagi kita sebagai da'ie,, Insya Allah, buku ini bertajuk Bekal Dakwah oleh Syaikh Musthafa Masyur ia sebenarnya sebuah kitab arab yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Menarik sangat untuk dibaca mengupas di setiap perbuatan kita semuanya ada bekal dakwah. contohnya di dalam sirah yang harum terdapat bekal. di ibadah puasa adanya bekaldi dalam ibadat zakat adanya bekaldi dalam ibadat haji adanya bekaldi dalam ibadat qiamullai adanya bekal di dalam ibadah zikir dan doa adanya bekaldi dalam mengikuti sunah terdapatnye bekaldi dalam jihad fi sabilillah adanya bekaldi dalam dakwah ada bekal bergaul dengan sahabat yang soleh dan solehah ada bekalperbuatan amal soleh pun juga ada bekal dak wah
Nampaknya semua perkara yang kita amal dan praktikkan ada nilai dan bekal dakwahnya.walaubagaimanapun kita mestilah membekalkan diri kita ini dengan bekal amalan yang sebaik2nya supaya kita selamat dari apa yang kita takutkan dan mendapat apa yang kita sukai. Jalan dakwah ini adalah jalan kebaikan, jalan yang kita cintai, jalan menuju Allah, menuju keridhaan-Nya, dan menuju syurga-Nya.Firman Allah:38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.39. jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(at-taubah: 38-39)
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi sahabat mungkin boleh mendapatkannya di pasaran... ana mungkin tak dapat nak mengulas seberapa panjang lebar, cukup la sedikit daripada tidak menyumbang apa-apa dalam hidup ini. Ana masih belajar dalam mengapai redha Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan ana dan semua urusan saudara seagama ku.. Allahhuakbar!!!!
jazakillah wassalam..
No comments:
Post a Comment