Tuesday, January 10, 2012

Cinta Tersulam Reda...




Jangan dikira pasangan yang sudah
bercinta sekian lama,saat menikah akan
terus mencintai pasangannya. Dan jangan
dikira pasangan yang tidak melalui fasa
percintaan akan sulit mencintai
pasangannya setelah bernikah. Cinta itu
ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita
mulai berinteraksi dengan pasangan
kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita
mulai menerima segala kelebihan dan
kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan
pupuk ia dengan kasih sayang dan
perhatian. Ia akan mekar dan berbuah
ranum ketika kita berusaha memberi yang
terbaik untuk pasangan kita. Namun ia
tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia
perlu dirawat dan dijaga dari penyakit
dan hama yang menganggu.

Di antara kegembiraan, kesedihan dan
kehibaan… I will marry a
stranger! Namun aku pasrah

Jam 8.00 malam

Yang mana satu ek?
Yang itukan?..
Iskh..bukan lah..itu kawan dia..
OOo..ye ke..hurm. takde beza pun…

Mana satu ni?

Aku terima nikahnya Najdatul Iffah
binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80
ringgit tunai..

Iffah dah jadi zaujah! Bisik Wafa
sahabatnya seusai akad itu dan di saat
aku menadah tangan berdoa. Tidak
semena-mena beberapa titis air mata
gugur keribaanku. Terselit juga hiba
walaupun pada hakikatnya hati aku
teramat gembira..
Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia
merupakan sebuah momentum sederhana yang
memiliki energi potensi dasyat untuk
mengubah kehidupan dua anak manusia yang
akan menjadi sepasang suami isteri.
Pernikahan adalah sebuah kerja besar
yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi
merasa bahagia atau sedih sendiri.
Malahan sudah tidak boleh melakukan
banyak hal dengan menuruti keinginan
sendiri. Kini telah hadir seseorang yang
mencintai kita dan harus juga kita
cintai, yang memperhatikan dan perlu
kita perhatikan, tempat curahan hati,
berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia,
susah dan marah. Dan seseorang itu
adalah suami yang Allah berikan padaku.

Bila ada keindahan,
Yang mewujud utuh..
Dalam seluruh dimensi..
Dan menyentuh utuh..
Sepenuh rasa di jiwa,
Itulah detik ijab qabul..
Selamanya..
Indahnya nyata..
insyaAllah

. "Assalamualaikum! sapa satu suara.Aku
masih tidak mampu untuk mendongak,
melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan
terus menunduk. Ruang di antara para
tetamu wanita di hadapanku di buka untuk
lelaki tersebut mendekatiku. Aku
bertambah gementar.. Namun terus
menghulurkan tanganku buatnya, lalu
disarungkan sebentuk cincin emas ke jari
manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas
kamera membuatku terus berpeluh-peluh.
Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa.
Mungkin dia segan dan malu, aku menebak.
Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi
segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.

Tak sempat lagi tengok muka dia
Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?
Wafa masih tersengih memerli.

Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana
sekarang?
Makan kot kat luarlah..pergilah tengok,
Tak mahulah. Segan sangat-sangat.
Dahlah tak kenal. Dia balik lepas
jamuan. Esok akan datang semula.


Aduhai
Akhawat yg ada geli hati agaknya melihat
gelagat Iffah. Mana tidaknya. Muka
suami pun tak pernah dilihat Dah akad
nikah pun masih belum melihat. Esoklah
nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum
bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak
elok selepas bernikah duduk sekali.
Mesti tunggu majlis rasminya keesokan
harinya.

Di saat itu dia masih membayangkan wajah
suaminya yang hanya dilihatnya lewat
gambar foto yang dikirimkan oleh
ustaznya, perantara yang menjodohkan
antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau
kembali.

Dia masih teringat di saat dia
ditanyakan adakah mahu dia berumah
tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana
kepercayaan yang telah lama dibaja
kepada manusia yang sudah lama
mendidiknya, Iffah menyatakan
persetujuannya. Bukan tergesa-gesa,
tidak juga tanpa berfikir panjang.
Malah, dia telah mempertimbangkannya
sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya
hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia
mahu tindakannya itu disandarkan kerana
Allah. Dia mahu berkarya untuk
mengeratkan kasih dan produktif memaknai
cinta tanpa mengharapkan balasan
manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia
mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan
kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar
hidup dan menghidupkan

Iffah sedar keputusannya menyerahkan
segala urusan baitul muslimnya pada
jemaah untuk mengatur dan memilih
pasangan hidupnya membuktikan sedalam
mana intima dan kepercayaannya pada
jemaah dan manusia yang bertanggungjawab
menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar
yg cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan,
semakin berat beban yang diterima, maka
akan semakin kukuh struktur asas yang
dibuat. Semakin teliti penelitian yang
akan dibuat ke atas bangunan yang di
buat. Bukan sahaja pada struktur asas
,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik
menjelangnya merambat begitu lambat, di
lautan hati yang penuh bunga,senyum
bertebaran di wajah-wajah cerah, yang
kian berseri.
Seiring makin mendekatnya detik-detik
penuh bersejarah itu, Iffah,seorang
gadis biasa yang fitrahnya manusia,
kadangkala tersadung juga. Hampir
tergelincir ke lembah yang tidak
diingininya. Dia mahu memelihara suci
hubungan itu. Biarlah tiada ada noda.
Biarlah bahagia itu bermula pada detik
pernikahan itu sendiri.

Perbincangan mereka awalnya sangat
terpelihara. Hanya sekadar atas urusan
yang perlu dan di cc kan pada mereka
yang selayaknya.

ustaz.Ukhti
Entah di mana ana harus mulakan agak
segan menulis kata2 walaupun tidak
nampak rupa, malu pula untuk menuturkan
bahasa di khalayak kalian berdua. Ana
pun tidak pasti atas dasar mana ana
menulis email ini, yang pastinya, aqidah
ISLAM lah yang menghubungkan kita semua,
tidak perlu la didetailkan lagi Ustaz
dan ukhti maklum dan jelas di dalam
perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti
ukhti iffah jelas di atas apa yang telah
berlaku sebelum ini, resume telah
diterima dan dibaca, boleh kata masing2
faham tidak perlu diterangkan mengapa
dan siapa kerna semua itu sudah
diserahkan kepada murabbi kita ana
hanyalah insan lemah yang menyerahkan
segala yang berlaku kepada Allah
s.w.t.semoga Allah berikan yang terbaik
buat kita semua.. Tidak lain dari sini,
ana hanyalah meminta keizinan menyatakan
persoalan dengan tenang kepada ukhti
iffah di atas perancangannya di dalam
perkara ini, ana perlu lebih jelas
tentang apa yang difikirkan oleh enti. .

Perbincangan sering berlaku lewat email
dan yahoo messenger. Atas alasan
untuk menguruskan hal-hal bersangkut
paut dengan pernikahan. Namun setelah
beberapa kali berhubung sudah muncul
pula icon yg mampu menggetarkan
hati-hati manusia yang menanti saat yang
dirasakan manis itu. Ada juga email yang
terlepas dan tidak di cc kan pada
orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya
berchatting sedaya upaya dielakkan.
Namun akhirnya Iffah pasrah. Tunduk
pada hatinya yang seakan rindu melihat
icon senyum itu menyala. Dan akhirnya
syaitan itu menang jua. Walaupun tiada
bicara yang melekakan. Namun cukuplah
ucapan doakan diriku pejuang sejati
mampu menggetarkan dan mengusik hatinya
itu. Entah mengapa saat pernikahannya
itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok ukht, ana undur dulu
iffah : ok, jaga diri ..
Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)
iffah..insyaALLAH. .=)
wassalam..
Thariq :wslm wr wbt..

Mungkin berbaur semangat perjuangan,
tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang
sungguh sebagai pekerja islam yang
kononnya membina bangunan Islam, tetapi
dalam masa yang sama meruntuhkannya.
Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar,
kata-kata walaupun sebentar mampu
membuka ruang fitnah. Memang di mata
manusia biasa apalah sangat perbuatan
itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa
orang mukmin yang sensitif, yang peka
dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu
perbuatannya itu tidak diredhai oleh
Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar.
Biarlah dia bersabar asalkan
pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia
berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat
menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh
dirinya pada Allah! Dirinya sering
dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi
kalah pada naluri rindunya. Walaupun
sekadar icon =) namun dia merasakan itu
satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,
dalam kesedaran cinta ilahi,
sebagai sebenar-benar cinta.

Kita membangun sebuah pernikahan kerana
cinta kita kepada Allah. Kita ingin
selalu menyempurnakan cinta itu maka
kecintaan kepada Allah lah adalah yang
lebih utama perlu kita perhatikan demi
kelangsungan pernikahan kita di dunia
dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin
membawa pernikahan kita semakin jauh
dariNya kerana peluang. Kita mudah
terbawa arus lantaran selalu sibuk dan
lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari
dari syariatnya.. Mudah tertipu zahirnya
dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu
membangun sebuah komitmen denganNya
dahulu sebelum menjalin komitmen dengan
pasangan hidup kita

Cinta bukan kerana keindahan yang tampak
di mata..
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa

Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana
Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan
fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen
dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia
bertekad membangunkan mahligai rumah
tangga semata-mata mencari ridhaNya.
Ingin membangunkan mahligai pernikahan
dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya.

kala cinta bertanya pada cinta..
imanlah jawabnya..

Azan subuh yang berkumandang mengejutkan
aku dari lamunan . Tidak disedari masa
berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran
diluar suasana kelam kabut bunyi kaca
dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah
kenduri walimahku setelah akad semalam.
Aku tersenyum sendirian. Di manakah
suamiku? Bilakah dapat aku menatap
wajahmu duhai kekasih?

Di sini teduh hadir kukuh,
Di kelopak cerah segala bunga,
di pucuk-pucuk hijau segala rasa..

Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan
lancar hari itu. Ramai sungguh
teman-teman yang hadir mengucapkan
tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku
sempat mencuri pandang ke arah suamiku.
Itupun setelah disuruh oleh sahabatku.
Mana tidaknya seorang di hulu, seorang
ke hilir. Penat sungguh sanak saudara
menyuruh kami berjalan berdua-duaan.
Sungguh aku tak mampu menahan getaran
hatiku berada di samping seorang lelaki
asing yang tak pernah kukenal mahupun
kulihat! Namun hatiku pasrah dan
menerima seadanya. Biarlah proses taaruf
kami berjalan selepas ini. Dan
insyaAllah kami akan mengenali keluarga
besar masing-masing juga. Biarlah hari
ini kami kelihatan seperti dua makhluk
asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera
ini dengan keindahan dan kecintaan yang
sebenar. Benarlah apabila syariat
dipatuhi, manisnya pernikahan itu
benar-benar dirasai. Di saat itu kisah
cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad
saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon
cinta itu, akar-akarnya menghujam di
hati, batangnya kukuh, rantingnya
menjulang ke langit, daunnya rimbun,
buahnya ranum,menaungi dan memberi
kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah nyata pernikahan juga
memerlukan keperluan emosional yang
tinggi. Hubungan dua insan yang saling
memahami, empati, toleransi dan
motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan
keselarian emosi. Tambahan lagi ketika
awal pernikahan, banyak saat-saat yang
cukup terduga, oleh itu sabar dan iman
harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak
akan terjadi serta merta, seperti antena
radio atau tv yang perlu diputar-putar
untuk mendapat gelombang yang betul,
maka penyelarasan antara dua jiwa ini
juga memerlukan banyak percubaan. Ini
akan terjadi sepanjang pernikahan kita
hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur
memudahkan kita memandang segala
permasalah kita dengan jiwa yang jernih

Aku benar-benar bersyukur atas apa yang
dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh
tidak ternilai cintaNya padaku.

Ya Allah.. dimana lagikah dapat ku
temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini ya Allah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak berharga Ya
Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan
maghfirahMu…

No comments: