Wednesday, March 28, 2012

ZINNIRAH…Matanya buta, hatinya celik

Zinnirah, namanya indah tetapi jarang disebut orang. Wanita ini tidak terkenal di dunia atau mempunyai harta. Allah memuliakannya. Wanita suci yang kuat fizikalnya walaupun diseksa, tetapi hatinya tetap pada Allah. Dia menerima penyeksaan itu walaupun seluruh tubuhmya hancur akibat pukulan, sepakan dan hantukan.

Jiwa tauhid telah menebal dalam dirinya, tidak ada suatu pun memberi bekas melainkan kekuasaan Allah. Dunia dan sagala isinya bukanlah matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas seberat gunung Uhud dia tidak akan menukarkan akidah yang bertunjang di hatinya.

Walaupun dia tampak lemah fizikalnya tapi sebenarnya dia mempunyai jiwa yang kuat. Penderitaan yang telah diterima itu menambahkan lagi rasa cinta, rindu kepada Allah. Makin banyak sujudnya, makin deras air matanya.

Menurut riwayat silam, Zinnirah adalah antara orang awal yang memeluk Islam. Beliau yang berketurunan bangsa Rom telah ditawan dan dijual ke Kota Mekah. Umar membelinya dengan harga yang murah dan menjadi hamba Umar.

Islam pada awalnya dijalankan secara sembunyi. Rasulullah berdakwah ketika itu menyebarkan Islam kepada orng tertentu dan orang bawahan. Zinnirah menerima cahaya keimanan itu dengan hati yang insaf. Beliau cuba menyembunyikan keislamannya sebab bimbang diketahui Umar.

Dia solat, membaca Al-Quran ketika orang lain tiada di rumah atau ketika orang lain sedang tidur nyenyak. Dia sujud kepada Allah dengan linangan air mata hingga pengsan.

Rahsia itu akhirnya diketahui musuh. Dengan bengis Umar mendapatkannya. Sebelum ini Umar mengesyaki Zinnirah kerana dilihatnya banyak perubahan pada diri Zinnirah. Antaranya, Zinnirah kurang makan, lebih banyak berdiam diri, lebih suka mengurungkan dirinya di dalam bilik. Akhirnya apa yang disyaki benar-benar berlaku.

Sebelum Umar memeluk Islam, beliau terkenal sebagai seorang yang bengis dan kejam. Menurut sebuah riwayat, Umar pernah menyeksa lebih kurang sebelas hambanya kerana memeluk Islam. Yang paling dashsyat Umar pernah membunuh anak perempuannya sendiri kerana rasa benci dan rendah diri. Apabila beliau memeluk Islam, segala sifat yang buruk itu telah ditukar kepada yang terpuji.

Zinnirah menerima penyeksaan yang dahsyat, beliau ditampar, ditendang, diikat kedua belah kaki dan tangannya, dijemur ditengah panas mentari. Badannya dihempap batu dan 1001 macam penyiksaan yang diterima.

Itu semua tidak memberi bekas di hati Zinnirah. Bibirnya yang merekah kerana lapar dan dahaga itu masih mampu menguntum senyuman., hatinya tidak pernah putus mengucap ”Allah, Allah, Allahuakbar, Allah yang Maha Besar”.

Dan hatinya berbisik,’ ini untuk-Mu wahai Tuhanku, aku membeli kesusahan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat. Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapatkan Syurga terpaksa menagih ujian sedangkan neraka itu dipagari nikmat”.

Begitulah ungkapan yang menjadi penawar baginya. Kemuncak penyeksaan yang diterima Zinnirah ialah matanya dicucuk besi tajam, gelaplah seluruh pandangannya. Hatinya berbisik, lagi walaupun cubaan berat yang diterimanya.

”Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku rela dari menjual agama-Mu ini Tuhan, makin aku diuji makin aku terasa kehebatan , keagunganMu. Panahan cinta dari-Mu makin menguatkan diri untuk menerima apa saja. Cuma satu permintaan, berilah petunjuk kepada orang yang menyeksaku ini”.

Ia tetap sabar menanggung ujian berat itu. Walaupun matanya buta, tetapi hatinya tidak buta menerima cahaya kebenaran Islam. Bukankah pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir.

Apabila melihat keadaan Zinnirah, orang-orang Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka menyatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka, Latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya Latta dan Uzza tidak ada kena mengena. Zinnirah cuba meyakinkan mereka, buta itu sebenarnya datang dari Allah dan Allah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Orang-orang Quraisy mencabar Zinnirah kerana mempertahankan dirinya. Zinnirah dengan yakin dan tegas menyatakan Allah menentukan dia buta hasil perbuatan Umar. Turun ayat Al-Quran memuji sikap Zinnirah itu yang disampaikan melalui Rasulullah. Umar berhenti menyeksa Zinnirah kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Allah memberi karamah kepadanya, matanya yang buta Allah ganti dengan mata yang lebih baik, sinaran matanya telah menyilau pandangan orang-orang Quraisy. Saidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga yang tinggi. Dia selamat dari penindasan orang kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasakan Allah memerhati dirinya. Setiap detik dan saat ia sentiasa diperhati. Bila nafsunya mengajak berbuat sesuatu yang mungkar, hatinya menyatakan Allah Maha Melihat. Katanya ”Wahai nafsu, mengapa engkau tidak takut kepada Allah?”.

Setiap tutur dan perbuatannya benar-benar terpimpin. Segala sifat mazmumah dibuang jauh. Inilah Zinnirah, bila dia melihat sesuatu benda di dunia ini mana ada bunga yang cantik atau pemandangan yang indah akan terasalah kewujudan dan kebesaran Allah. Ia benar-benar merasakan kekuasaan, kebesaran, keagungan dan kesempurnaan Allah dan hati kecilnya tidak putus-putus memuji dan mengagungkan Allah. Seluruh malaikat bertasbih padanya..

ZINNIRAH~u.n.i.c

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi

No comments: