Thursday, March 15, 2012

selamatkan palestina


“Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dapi Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingmya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat”

(QS 17:1)

* Hadith 13: Kewajipan mencintai

* Dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra, pelayan Rasululah saw, bahawa Rasululah saw bersabda, “Seseorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” (HR Bukhari dan Muslim)

Bumi Palestin, bumi milik seluruh umat Islam. Ianya menyimpan pelbagai khazanah dan peristiwa bagi umat Islam. Bumi Palestin terkenal sebagai bumi anbiya’ kerana ramainya para nabi yang lahir di sana, antaranya nabi Yusuf, nabi Ismail dan ramai lagi. Dibumi ini terjadinya pelbagai peristiwa bersejarah bagi umat Islam, antaranya Isra’ dan Mikraj dimana nabi Muhammad saw menaiki Buraq dari Masjidilharam dam singgah di MasjidilAqsa. Di dalam peristiwa ini, solat lima waktu sehari semalam telah difadhukan dan MasidilAqsa menjadi kiblat pertama umat Islam ketika itu.

Kesucian Masjidil Aqsa juga menjadi rebutan tiga agama di dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Justeru itu, terjadilah banyak siri peperangan untuk menguasai dan membebaskan bumi Palestin seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi. Kini Masjidil Aqsa berada dalam genggaman Yahudi.

Regim Zionis bukan sekadar ingin memiliki bumi Palestin malah mereka juga ingin meruntuhkan dan melenyapkan Masjidil Aqsa dari hati umat Islam. Mereka menggunakan pelbagai cara keganasan untuk menguasai Palestin. Mereka sesuka hati menghalau umat Islam dari tanah Palestin, menghancurkan kediaman, membakar lading-ladang pertanian dan sebagainya. Regim Zionis menggunakan taktik yang paling kotor dalam sejarah dunia termasuk membuat pembunuhan secara beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin….Dan kini bumi Palestin telah dinodai…

Renungilah maksud hadith Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang tidur lena tanpa memikirkan tentang hal ehwal umat Islam, maka dia bukanlah dari golonganku”. Adakah kita ingin tergolong dalam golongan yang disisihkan oleh Rasulullah? Adakah cukup sekadar kita melihat kesengsaraan dan penderitaan umat Islam? Tidakkah kita berasa marah melihat kezaliman rejim Zionis terhadap saudara seiman dan seakidah dan kiblat kita yang pertama????

Pedulikah kita dengan nasib mereka??









Sanggupkan kita menyaksikan ini berlarutan dan berterusan???Apa agaknya tindakan kita?


Palestina Tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami

Untukmu darah kami

Untukmu jiwa dan darah kami

Wahai al-Aqsa tercinta (2x)

*Kami akan berjuang

Demi kebangkitan Islam

Kami rela berkorban

Demi Islam yang mulia

Untukmu Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu

Untukmu al-Aqsa yang mulia

Kamikan terus bersamamu(2x)

Kami akan berjuang

Demi kebangkitan Islam

Kami rela berkorban

Demi Islam yang mulia

Untukmu Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu

Untukmu al-Aqsa yang mulia

Kamikan terus bersamamu(2x)

Untukmu darah kami

Untukmu jiwa dan darah kami

Wahai al-Aqsa tercinta

Ya Rabbi izinkanlah kami

Berjihad di PalestinaMu

Ya Allah masukkanlah kami

Tercatat sebagai syuhadaMu(2x)

Mari dengar ini cerita.......

Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah

Setiap jiwa kita meyakini bahawa kurniaan jiwa yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang Muslim sepatutnya sentiasa bersyukur kepada Allah yang telah memasukkannya ke dalam kelompok unmat Muhammad dan memberikannya kurniaan Islam sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud ”...Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu

Dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam sebagai agama bagimu” (Al-Maidah,5:3)

Apakah kewajipan kita? Hendaklah kita melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang ditegahNya serta menunjukkan sikap sebagai pengikut Rasulullah saw yang tulus dan setia. Yakni menjadi seorang mukmin yang sejati.......

No comments: