FITRAH MENJADI FITNAH
ruj:www.mymasjid.com
>>>Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ..:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa
berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi
risiko adalah satu lumrah kehidupan kita.
SEKARANG NIKMATILAH TAZKIRAH INI :
>>>Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta
memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan
dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti
jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa
cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin
hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta
terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi
FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
>>>Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
>>> Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah
inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa
peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan
cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam
kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan
sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.
>>>Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg
membelakangkan Tuhan!
>>>Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat.
>>>Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona
cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan
kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.
>>>Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan
meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta
dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang
dicintainya.
>>>Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang
dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik
dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita
agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?
>>>Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.
>>>Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan
antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi
dengan rasa manis dan megah.
>>>Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan
antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
>>>Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan
Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan
adalah pihak ketiga.
>>>Lebih dari itu pun banyak berlaku.
>>> Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa
yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.
>Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan
pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.
> Ketika itu indahkah cinta?
>Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya.
>Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi
pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa
itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
>Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
>Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
>Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.
>ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.
> Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat
memudahkan kita mencintai ALLAH.
>Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.
>Soalnya bagaimana?
>>>Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,
tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .
>>>Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,
dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan
soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat
beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.
>Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.
>Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat
dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukn
syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
bukan kerana ALLAH.
>Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya
>>>- Cinta Monyet!
>Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada
hukum ALLAH yang dilanggar.
>Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,
tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkansembahyang,
puasa dan lain-lain.
melalaikan dan merugikan.
>Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,
>>>" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta,
tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman? "
>Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.
>Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam
kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka
baja ini. Justeru banyaklah cinta
yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
>Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya
buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.
> Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti
akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan
seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta
itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan
isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama
yang melahirkan cinta!
>>>Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
>>>Majalah anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).
>>>Moga bermanfaat....wassalam
>>>fi amanillah.
No comments:
Post a Comment