Friday, December 31, 2010

wasiat HASAN AL BANNA..


Asy- Syahid Imam Hasan al-Banna dilahirkan pada tanggal 14 Oktober 1906 di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir. Pada usia 12 tahun, Hasan al-Banna telah menghafal separuh isi al-Qur'an. Ia adalah seorang mujahid dakwah, peletak dasar-dasar gerakan Islam sekaligus sebagai pendiri dan pimpinan Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Muslimin).
Ia memperjuangkan Islam menurut visinya hingga dibunuh oleh penembak misterius yang oleh banyak kalangan diyakini sebagai penembak 'titipan' pemerintah pada 12 Februari 1949 di Kairo.
Kepergian Hasan al-Banna pun menjadi duka berkepanjangan bagi umat Islam. Ia mewariskan 2 karya monumentalnya, yaitu Catatan Harian Dakwah dan Da'i serta Kumpulan Surat-surat . Selain itu Hasan al-Banna mewariskan semangat dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah saat ini. Ikuti pesanan Asy - Syahid kpd kita semua umat Islam ..


1. Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Allah mensyariatkan solat... juga di medan perang. Walaupun... di saat genting dan cemas.

2. Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3. Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4. Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitan namanya !!!

5. Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa ! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6. Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7. Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8. Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.

· untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
· untuk menghapuskan kemungkaran
· kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
· kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9. Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10. Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.."

fitrah menjadi fitnah

FITRAH MENJADI FITNAH

FITRAH MENJADI FITNAH
ruj:www.mymasjid.com


>>>Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ..:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa
berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi
risiko adalah satu lumrah kehidupan kita.

SEKARANG NIKMATILAH TAZKIRAH INI :

>>>Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta
memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan
dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti
jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa
cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin
hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta
terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi
FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

>>>Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

>>> Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah
inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa
peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan
cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam
kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan
sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.

>>>Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg
membelakangkan Tuhan!
>>>Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat.
>>>Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona
cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan
kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.
>>>Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan
meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta
dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang
dicintainya.
>>>Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang
dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik
dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita
agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?
>>>Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.

>>>Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan
antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi
dengan rasa manis dan megah.
>>>Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan
antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
>>>Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan
Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan
adalah pihak ketiga.
>>>Lebih dari itu pun banyak berlaku.
>>> Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa
yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.
>Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan
pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.
> Ketika itu indahkah cinta?
>Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya.
>Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi
pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa
itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
>Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
>Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
>Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.
>ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.
> Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat
memudahkan kita mencintai ALLAH.
>Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.
>Soalnya bagaimana?
>>>Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
agamanya.

Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,
tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

>>>Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,
dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan
soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat
beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.
>Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.

>Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat
dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukn
syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
bukan kerana ALLAH.
>Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya
>>>- Cinta Monyet!

>Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada
hukum ALLAH yang dilanggar.
>Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,
tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkansembahyang,
puasa dan lain-lain.

>Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang
melalaikan dan merugikan.
>Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,
>>>" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta,
tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman? "
>Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.
>Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam
kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka
baja ini. Justeru banyaklah cinta
yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
>Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya
buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.
> Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti
akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan
seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta
itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan
isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama
yang melahirkan cinta!
>>>Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
>>>Majalah anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).
>>>Moga bermanfaat....wassalam
>>>fi amanillah
.

Tuesday, December 14, 2010

CERPEN ISLAMIK :

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

by Siti Nurmaisarah Zamri on Wednesday, December 15, 2010 at 3:01am

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis.

Namun, Datuk Dr.Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated.

Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum.

Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman.

Negara ini menitikberatkan iman....

Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini?

Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang.

Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus.

Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar.

Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas.

Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin.

Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan.

Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam.

Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah?

Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar.

Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana?

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.

"Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan?

Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum.

"Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.

Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.

Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.

Serban dan jubahnya serba putih. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.

"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?", "Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah.

Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.

Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.Oh...! keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya....

saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan.

Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.

Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital! "Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."

"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a...

"Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,"

kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema .... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta.......stanza hati merindu Ilahi!" Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata

" Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank.

Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :

" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"

Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.

"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..."

"Habis, mereka mahu apa?"

"Mereka mahu Islam, Datuk!"

"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar.

Digosok-gosok lagi matanya.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

"Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah"

p/s: rajin2 la forward cerita ni.. moga jadi inspirasi dlm perjuangan kita!! infiroo khifafan wathiqolan!! go2!! muslim mesti cemerlang...insya-ALLAH...=)


Monday, December 6, 2010

Keutamaan zikir kepada ALLAH SWT..

Keutamaan zikir kepada ALLAH SWT..

by Siti Nurmaisarah Zamri on Tuesday, December 7, 2010 at 2:09am


Allah berfirman:

"Maka ingatlah kamu kepada-Ku,nescaya Aku ingat kepada kamu..."

(Q.S.Al-Baqarah:152)

Pernah Tsabit al-Bannani mengatakan,"Aku tahu bila Tuhanku mengingatiku." Tentu saja mereka terkejut lalu bertanya, "Bagaimana engkau tahu demikian?" Dia menjawab, "Iaitu ketika aku mengingati-Nya,Dia mengingatiku."


"Ingatlah kepada ALLAH dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya."

(Q.S.Al-Ahzab:41)


"Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat hendaklah kamu mengingati akan ALLAH waktu berdiri dan duduk dan berbaring..."

(Q.S.An-Nisa':103)


Kata Ibnu Abbas,"Yakni waktu malam dan siang,di darat dan di laut, dalam perjalanan mahupun di rumah,waktu kaya atau fakir,ketika sakit atau sihat,dan dalam keadaan sunyi mahupun ramai."Lalu ALLAH SWT mencela orang-orang munafik.:


"...dan mereka tiada mengingati ALLAH,melainkan hanya sedikit sekali."

(Q.S.An-Nisa':142)


"Ingatlah Tuhanmu dalam hatimu,serta merendahkan diri dan takut dan bukan dengan suara yang keras, waktu pagi dan petang hari dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai."

(Q.S.Al-A'raf:205)


"...dan sesungguhnya mengingati ALLAH itu amat besar faedahnya."

(Q.S.Al-Ankabut:45)


Ayat terakhir ini,kata Ibnu Abbas ra,mempunyai dua erti: Pertama,ingatan ALLAH SWT kepadamu itu lebih agung daripada ingatanmu kepada-NYA.Kedua,mengingati ALLAH SWT itu lebih agung daripada setiap ibadah lainnya.


Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang mengingati ALLAH di tengah orang-orang yang lalai,ibarat pohon hijau di tengah pepohonan kering."


Juga Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang berzikir kepada ALLAH di tengah orang-orang lalai seperti pahlawan di tengah para pengecut."


Lagi,sabda baginda,"ALLAH SWT berkata:

"Aku bersama hamba-Ku selama ia mengingati-Ku dan bergerak kedua bibirnya dengan-Ku."


Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada amal manusia yang lebih menyelamatkannya dari seksa ALLAH SWT daripada mengingati ALLAH SWT."


Rasulullah SAW ditanya,"Amal apakah yang terutama?" Baginda menjawab,"Bila engkau mati sedang lidahmu basah oleh sebab zikir kepada ALLAH SWT."

Rasulullah SAW bersabda,"Waktu pagi dan petangmu lidahmu basah oleh zikir kepada ALLAH SWT,maka di pagi dan petangmu tidak ada kesalahan menimpamu."


Rasulullah SAW bersabda:

"ALLAH SWT berfirman: Ketika hamba-Ku mengingati-Ku dalam hatinya,maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suasana kelompok,maka Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompoknya. Jika dia dekat kepada-Ku sejengkal,maka Aku dekat kepada sedzira'. Jika ia dekat kepada-Ku sedzira'(satu lengan),maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia berjalan kepada-Ku,maka Aku berlari kepadanya."


Rasulullah SAW bersabda:

"Tujuh golongan dunaungi ALLAH dalam naungan-Nya pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya. Di antaranya adalah lelaki yang berzikir kepada ALLAH SWT di tempat yang sunyi lalu kedua matanya berlinang kerana takut kepada ALLAH.."


Rasulullah bersabda:

"ALLAH SWT berkata:"Siapa sibuk mengingati-Ku dari meminta-Ku,maka Aku beri dia lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta."


Rasulullah SAW bersabda:

"Yang paling utama apa yang kuucapkan dan para nabi sebelumku adalah "La Illaha illallah wahdahu la syarikalah."

(Tidak ada Tuhan selain ALLAH.Dia Esa.Tidak ada sekutu bagi-NYA)


Rasulullah bersabda:

"Setiap orang yang berwudhu' dan memperbaiki wudhu'nya kemudian mengangkat pandangannya ke langit dan berkata 'Asyhadu an la ilaha illallah wahdahu la syarikalah. Wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh', pasti dibukakan untuknya pintu-pintu Syurga dan dia masuk dari pintu mana yang dia inginkan."

~ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH,hati akan menjadi tenang..~

sebarkanlah kalimah ini..

Saturday, December 4, 2010

Faktor Yang Membawa Kepada Penyakit Futur

Faktor Yang Membawa Kepada Penyakit Futur

by Mohammad Amiruddin on Tuesday, November 9, 2010 at 9:57am

1- Melampau dan berlebih-lebih dalam mengerjakan perkara agama.

2- Terlalu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang harus seperti makan, minum, tidur dan lain-lain.

3- Perpecahan yang berlaku dalam jemaah, konteks pemimpin adalah putus asa dan dalam konteks ahli adalah bosan dengan perpecahan lantas memilih untuk mengasingkan diri.

4- Kurang mengingati mati dan hari akhirat. Lupa bahawa hari itu akan dihisab segala amalan.

5- Kurang beribadat

6- Masuknya benda-benda haram dan syubhah ke dalam kantung perut masing-masing.

7- Para amil dakwah menumpukan hanya kepada satu perkara dalam agama dan bersikap acuh tak acuh kepada perkara lain.

8- Bersikap sambil lewa terhadap sunnatuLlah di dalam kehidupan.

9- Bersahabat dengan orang yang tidak punya azam yang tinggi dan cita-cita yang besar.

10- Tiada persedian dalam berhadapan dengan liku-liku dalam dakwah.

11- Tidak memberi hak kepada badan dek kerana terlampau banyak kewajipan dan kurangnya aktivis dakwah.

12- Melakukan maksiat samada kecil atau besar.

HIJRAH KEKASIH...

HIJRAH KEKASIH

Kesetiaan Abu Bakar teman sepanjang perjalanan...
Keberanian Ali menggamit maut di hujung selimut...
Ketabahan Asma' srikandi perancang bekal musafir...
Setia,berani dan tabah terserlah...
Dalam hijrah Rasulullah...kerana ALLAH...
ke kota Madinah...

Di Gua Thur jaring lelabah mengukir keliru...
Merpati pun bersarang rendah menghibur gundah...
Bisa ular di kaki Abu Bakar menjadi penawar...
Angin malam dan ribut pasir pun reda seketika...
Tentera Tuhan...akur setia...
Suara alam...sunyi seketika...
Pada dua kekasih-NYA di dalam gua...

Di Madinah suara rindu syahdu mendayu...
Hari syukur,tafakur atas nikmat dan rahmat...
Marhaban..marhaban..marhaban...
Meriah kedengaran...
Al-Qaswa dibiarkan memilih persinggahan...
Di depan rumah Abu Ayyub akhirnya...
Bertamulah keberkatan...

Dibina masjid telapak semadi ketulusan hati...
Dengan Illahi...
Sesama insani...
Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan...
Aus dan Khazraj diserasikan...
Perisai ummah benteng kekuatan...

Itulah keindahan sebuah hijrah...
Yang bertintakan kesusahan...
Berdakwat ketabahan...
Itulah hijrah kekasih ALLAH...
Berasaskan iman bertunjangkan ukhuwah...
Menara Islam terjulang...di Madinah Al-Munawwarah!!!