Friday, October 23, 2020

Precious Experience

 Sabtu lepas, 17hb aku balik je dari mengajar Azryl, terus mandi sebab ada singgah Maybank jap before sampai rumah. Mandi, solat asar, luruskan belakang jap sementara tunggu Maghrib. Habis solat maghrib ..

“Ting!”

Whatsapp Pn A masuk, 

“Sara, akak ada bad news ni.”

“Suami akak positif, Sara macam mana? Ada demam ke? Aritu dah okay ke?”

Tikaman tepat di dada. 

Aku ada buat dosa apa-apa ke sebelum mengajar Sofea aritu? Ya Allah, ujian ini.

Time tu semua teringat, ada angkat nenek, ada salam atuk. Ya Allah, mereka berisiko tinggi.

Benda first dapat berita tu, aku text dalam group family. Ya Allah time tu dah la solat sendiri, tak join jemaah. Kan Allah dah tarik nikmat jemaah 14hari. 

Lepas dah inform dalam group “Umi❤️Ayah” terus text AA. Time tu rasa nak nangis, nak mengadu semua dekat dia. Then inform team management tutor, depa punya gelabah tu kalah aku. 

Pastuuuu nak betulkan mood nak mengajar kelas pukul 8 tu dari pukul 8 jadi pukul 8.20 kelasnya. Mengamuk Johan, ticer dia lambat. Mana tak lambatnya Johan, drama air mata la sekejap. Ticer dah la tengah musim fragile, empangan mudahlah pecah. 

Then dapat tau Cikgu L ni pun mengajar Sofea, nahhh dia lagi la banyak kali jumpa. Fuhhh! Moga Allah jauhkanlah covid ni dari Cikgu L. 

Fast forward, dah kuarantin hampir tiga hari (Sabtu time maghrib) 17/10 tu sampailah 20/10 dalam pukul 1 camtu Pn A bagitau result dia dan Sofea +ve. Time tu aku macam dah hilang rasa, maybe sebab aku dah kaji risiko tu. so that time aku boleh tenang lagi. Terus bagitau whatsapp group family, text AA sambil tu cari info pasal Pejabat Kesihatan Daerah. Call call PKD dok angkat. Ohhh laaa kawe lupo waktu rehak. 

Sementara nak tunggu pukul dua tu, poie lah maklumkan ke pihak tutor. Yes, sekali lagi depa punya gelabah tu tak boleh bawak bincang. Abis semua manager text aku. Haiyakk! Dah 15 manager guane terr. Dari tadi tenang jadi stress kejap😴 Terus aku bgtau sorang manager tu suruh hantar wakil je tanya. Serabut ahh kalau semua text. Pening aku! Time tu bagi voice je sebab risau kang taip nampak singa aku yang adik-adik je biasa nampak🤣 Anak murid pun susah tau nak nampak sisi tegas plus garang. 

.

.


Haa part swab test later kita sambung. Ciao~

Wednesday, October 14, 2020

Sempena PKPB

 14 Oktober 2020.


Harini, hari pertama PKPB untuk negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

PKPB = Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

CMCO = Conditional Movement Control Order


Kenapa ada PKPB? Sebab kes meningkat. Nak elakkan dari terus merebak. Tapiiiiiiii aku masih kena keluar pergi rumah students sebab depa tamau online. Depa tatau kaaa dari depa aku boleh berjangkit. tapi takpaaa kita jaga SOP bebetui. 

Selamat juga nahh kelmarin ingat Syrian Guy tu dalam kuarantin, kalau dakk jenuh haha. Apooo lah Mai oi. dia kan kontak rapat Dr Zul 

time tu kan sebenarnya bukan nak jumpa sangat pun orang lain. nak jumpa AA je sebenarnya. tapi gigihnyaaa seorang Maisarah, craving Ropis sampai ke Gombak dia. Time tu siap beli extra lagi nak bagi AA. Tapii paip rumah dia pecah pulakk. Tak sempat jumpa katanya.

AA ni kann suka sangat guna ayat tak sempat tu tauu. Kang awak betul-betul tak sempat jumpa saya baru awak tau. (nak nangis pulak taip ayat ni)

Semalam, tetiba jumpa ig Kak Kay. Baca dan tengok stories, huwaa i need to do something. I beli Ebook tapi kak kay kata kena start dari awal. chapter one. Tapi i dah attach n confess acano hahhaha. Dahh tak pepasal nak naturalkan hati semula. 

Sooo kena buka ruang untuk orang lain juga, buat step ni dan step ituu 

Tapiii kenapa kepala fikir AA je walaupun ada yang lain nak kenal kat website ABC tu.


eyyy AA awak dah buat apa kat saya ni. Nak tanya soalan ritu lagi risau awak kata saya pushy tapii takpela up to youu okayy. take your sweet time okayy 

jangan sampai time orang lain dah risik baru awk nak jawab, saya tarik telinga awak. 


Eeeeeeeeee geram okay gerammm susah betul nak reply im kita. 😭😭

Selamat ada morning pepagi je, kalau tak merajuk lagi. (Walaupun takdela suka merajuk sangat, sakit jiwa je)

Okay bubbye.