Saturday, November 27, 2010
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Sahabat sahabiah ana yang dirahmati Allah..
Ketahuilah! Kekuatan muslim itu boleh diklasifikasikan kepada 3:
1. kekuatan iman
2. kekuatan ukhwah
3. kekuatan fizikal
Kita selalu berusaha dan mencari kekuatan yang ke3 (ketenteraan, material, fizikal) untuk menentang musuh islam.. tanpa kita sedari sebenarnya kekuatan yg ke3 itu hanya akan diperoleh apabila telah kita capai 2 kekuatan utama yang sebelumnya.
=kekuatan iman=
Sedarkah anti? kita slalu bergelak tawa, berehat rileks, berstudy belajar.. tapi dalam masa yg sama kita kata kita nak perangi musuh islam.. bila kita dengar kes lina joy, kita marah. bila dengar bush wat ape2, kita geram. bila dgr israel wat itu ini, kita xpuas ati.. tapi cukupkah sekadar itu? bila kita baca baru nak terasa.. pastu kita sambung kehidupan kita dengan gelak ketawa lagi, happy go lucky, dan macam2.. Di mana kekuatan iman kita? adakah hanya pada solat, puasa, pergi masjid, belajar? xdinafikan itu semua betul.. tapi, di mana keimanan kita pada ayat2 alquran yg menyuruh kita berjihad? dengar perkataan JIHAD tu pun dah ada yg xsedap badan.. di mana keimanan kita bahawa REZEKI tu di tangan Allah? rezeki bukan pada kerajaan sehingga kita takut utk berdakwah.. gaji? posting? tu semua yg KITA takut kan? abis, di mana keimanan kita yg selalu kita kata Allah adalah penentu segalanya kalau dgn ancaman sebegitu kecil pun kita dh lemah?
..sebenarnya kita terlalu selesa..
Sedarlah.. pejuang palestin dan pejuang islam yg laen langsung xmakan gaji, langsung xde tempat berteduh yg selesa, langsung xde mase utk bergelak ketawa rileks2.. sedangkn kita, Allah dah kurniakan nikmat kesenangan dan keamanan macam2, nape kita terlalu kecut? camni ke cara kita bersyukur? dgn membiarkn tanah islam, saudara2 islam kita di sana?
kubur sendiri2, watpe nak peduli org laen? camtu ker?
=kekuatan ukhwah=
Menyentuh kepada kekuatan ukhwah.. sepanjang perkenalan kita, ana percaya, kita sering sebut, inilah ukhwah kita, jaga ukhwah, bestnya ukhwah kita, ukhwah abadan abada n mcm2 lagi.. kita kate ukhwah kite mantap.. memang ukhwah kita mantap.. tapi, cube renungkan.. berapa mantap ukhwah kita? atas apa ukhwah kita? ukhwah fillah? ukhwah yg terbina utk perjuangkan agamaNya? tidak.. langsung tidak.. sebenarnya ukhwah kita hanya kerana kita sekelas, kerana kita 1 perjuangan, yang mana perjuangan tu hanya dalam menuntut ilmu.. ana x nafikan memang ukhwah kita sekarang manis. ana pun suka.. TAPI! kalo dengan hanya ukhwah camni, kita xkn capai kekuatan yg kita impikan.. kekuatan utk menentang musuh2 kita.. sedar x siapa musuh2 kita? ke x sedar? kalo dengan hanya ukhwah camni, maybe bolehlah dalam 6 7 tahun.. pas kita dapat kerja, pe jadi? sebab ukhwah kita hanya kerana setempat dan kecil sahaja iaitu sebagai student..
kekuatan ukhwah yg sebenar, terbina di atas kefahaman islam dalam diri kita dan KEFAHAMAN TENTANG UKHWAH SERTA KEPENTINGANNYA dalam diri kita.. kefahaman islam - sejauh mana kita fahami tuntutan dalam islam tu, termasuklah dalam memperjuangkannya, dalam berjemaahnya.. Kefahaman ukhwah - atas ape ia terbina? iaitu atas 1 keimanan yg sama.. atas 1 matlamat yg sama yang kita USAHAKAN, bukan hanya berdiam diri.. atas 1 perjuangan yg sama, yang tersusun teratur manhaj dan strateginya. Atas 1 FIKRAH yg sama.. kefahaman tentang kepentingan ukhwah - ape itu ukhwah yg sebenar? mengapa perlu ada ukhwah antara kita?
Sahabat2.. andai ukhwah kita hanya kerana kita student, 1 ari kita akan grduate.. andai ukhwah kita kerana kita nak kerja, kita akan bersara.. andai ukhwah kita kerana kita manusia, kita akan mati.. TAPI ANDAI UKHWAH KITA KERANA KITA PERJUANGKAN ISLAM, ia akan berkekalan hingga ke akhirat sana insyaAllah.. hasil ukhwah kita ni akan terbina dan terlahir lagi ramai generasi pejuang yg akan meneruskan perjuangan kita walaupun kita telah pergi.. ukhwah kita akan turut bersama dgn para pejuang yg seterusnya.. Dengan kekuatan ukhwah yg sebenar inilah, musuh2 kita akan gentar.. umat2 islam xkan lg seperti buih2 di lautan.. tiba lah masa kebangkitan islam yg dinanti2.. dengan kesatuan umat islam, zaman kegemilangannya akan kmbali..
namun, itu semua adalah mustahil andai antum, ana, kita, trus leka dgn masa muda kita.. Sedarlah.. pilihan sebenar kita hanyalah..... “imma syahadah au imma saadah”
Renungkanlah maksud ayat 24 surah at-taubah ini..
Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(harap anta, antuma, antum, anti, antuma, antunna, sedar akan kewajipan memperjuangkan islam ini dan sedar akan kepentingan ukhwah (berjemaah) yg ana nyatakan. semoga Allah membukakan hati2 kita.. ameen..)
Pesanan Imam Hassan al-Banna
• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.
• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.
Friday, November 26, 2010
KeRanA mAniSNya UkhUwaH
.slurppp.Alhamdulillah! Manisnya epal ni!
Huhhh Epal-epal yg atas meja makan tu ker?
ermm..ye ye.. kenapa Zulfaqar?
Arghh!! itu bukan ana punya! Itu Uzair yg punya!
Alaa..Uzair tu bukannya orang lain,ikhwah kita juga lagipun epal je kan!Kecil jer…
Kulihat Zulfaqar mencebik masam….
Oppsss…aku salah cakap ker? Getushati kecilku.. Lantas kisah Abu Zaral-Ghifari dan Bilal menerjah mindaku.Siapa yg tidak mengenali Abu Zar?Seorang sahabat yg hebat dan mulia.
Namun, Al-hawa masih lagi menyentel disuatu sudut kehidupannya.
Dan aku, Ya aku sendiri yg sudah jelak diperdengarkan kisah ini, hampir-hampir lalai dari pengajarannya. Aku telah bertindak mengikut al-hawa. Jahilliyyah yg terang dan jelas namun terlalu sukar untuk dikikis. Masakan aku masih tidak mengerti akan hal ini walaupun sudah beberapa tahun dalam tarbiyyah. Hak seorang muslim mesti dihormati.
Biarlah siapa pun dia. Ikhwah atau tidak! itu bukan perkara utama dalam situasi ini.Pokoknya di sini, apakah neraca yg kugunakan di dalam membuat pilihan. Di mana sikapku selaku seorang muslim?Adakah dengan akhlak sebegini, aku mahu menyeru manusia? Dahlah makan tanpa meminta kebenaran, tak rasa bertanggungjawab pula tu.
Tapi, bukankah seorang Islam itu harus mengutamakan saudaranya. Sudah semestinya aku juga patut diutamakan. Lagipun itulah keadaan ideal yg semua orang berusaha menuju ke arahnya sepertimana yg berlaku diantara Muhajirin dan Ansar.
Benarkah pemahamanku ? atau ianya hanya suatu justifikasi untuk kepentingan diri?
Memang benar ukhwah yg sebegitu yg semua orang impikan, tetapi seharusnya ia bermula dengan diriku.
Aku yg perlu berusaha mengutamakan orang lain ke atas diriku. Bukan mengharapkan agar orang lain memulakannya.
Ini barulah fikir ummah namanya.
Huhhhhhhhhhh..hatiku mengeluh panjang.Aku merasa sugul. Benarlah kerisauan Maimum bin Mahran rahimahullah akan Al-hawa dan kilauan pelbagai nama.Hakikatnya sama. Jahilliyahnya sama.Hanya namanya yg berbeda. Ya aku akur akan permasalahan sebegini.Walaupun sudah seringkali diperingatkan,aku masih lagi dikelirukan oleh kilauan pelbagai nama ini.
Kurasakan waktu merangkak pergi.Pelbagai persoalan melintasi ruang legar pemikiranku. Satu demi satu mengingatkan aku kembali tentang keikhlasan.Terutamanya dalam menikmati kehangatan ukhwah yg baru kukenali di bumi Kangaroo ini.
Cukup sekadar ini dulu. Makin lama aku memikirkannya makin kurasakan aku tidak mampu untuk melakukannya, sedangkan susuk tubuh yg tercegat didepanku ini masih lagi tidak memberi reaksi positif.Namun apa yg mampu aku buat selain dari tersengih seraya cuba untuk memperbetulkan keadaan. Moga-moga anugerah tuhan yg berada di antara dua bibirku ini mampu untuk mengembalilkan semula bicara kami yg terhenti Ya tuhanku, tolonglahlah hambamu ini!
Tak mengapalah Badrul, masam di bibir Zulfaqar ni tak berkekalan,Kejap lagi hilanglah tu! Tetapi manis yg hadir disebalik epal tu tak berkesudaha....
Ahhhhhhah! Aku menarik nafas dalam-dalam bila sahaja kata-kata itu menyentuh gegendang telingaku.
Bertepatan dengan masa dan ketikanya. Inilah words of comfort yg kutunggu-tunggu semenjak tadi.
Zulfaqar menguntum senyum diikuti oleh tawa kecil mereka berdua. Sekarang aku bingung. Walaupun aku tahu tindakan Zulfaqar untuk ketawa itu adalah sesuatu yg boleh dijangkakan. Namun bila ianya berlaku hatiku rasa tidak senang.Lagipun hubunganku dengannya bukanlah intim sangat. Astaghfirulah...
Belum pun tahu hujung pangkalnya, aku sudah menjadikan emosi sebagai pemandu jasadku. Mungkin dia memahami perkara yg berbeda dari apa yg aku fahami.Mungkin..Mungkin..
Saraf-saraf yg berselerakan di hujung jari jemariku hampir sahaja tidak merasai tekstur wajahku kerana kulit mukaku yg makin menebal dek kerana malu.Malu dengan sikapku sendiri. Walaupun dah banyak yg aku pelajari, sikit sekali yg dipraktikan. Usrah setiap minggu.Bacaan Al-Quran hampir setiap waktu.Qiam pula hampir setiap malam. Namun kenapa jadi begini? Kesannya ke atas diriku tidak memberangsangkan. Di manakah silapnya, Kualiti atau kuantiti? Apalagi yg belum ku lakukan? Rasanya keberadaan kuboleh dirasakan hampir di seluruh rumah di sekitar kota Melbourne ini.Perlahan-lahan ku usapkan dadaku untuk menenangkan diri.
Manisnya ukhwah kerana keikhlasan, dan segala-galanya kembali kepada keutuhan iman.
Uzair menghabiskan kata-katanya dengan memandang tepat ke arahku seolah-olah dia mengetahui apa yg bermain di benak pemikiranku.
Pergolakan emosi sebegini seringkali terjadi padaku sejak dahulu lagi. Jika dahulu, aku menanganinya secara sombrono. Sekarang aku punya teman untuk diajak bicara bagi mengatasi kekurangan diri. Paling tidak pun keberadaan di kalangan mereka membantu menyuburkan imanku. Baru kusedar pentingnya untuk aku tegar dalam mentarbiyyah diriku sendiri dan berlapang dada kepada saudaraku yg lain. Perasaan bersalahku terhadap Zulfaqar kian menebal lantaran krisis identiti yg wujud diantara kami.Walaupun saling berpandangan dan bertukar senyuman, namun jauh di sudut hatiku,
ada sesuatu yg merunsingkan diantara kami. Namun tak pernah aku cuba untuk menanyakannya kepada dia.Wushhhuuuhhh..Bunyi itu mematikan fikiranku. Kulihat Uzair melalukan pinggan kaca putih buatan India yg siap digosoknya di bawah aliran air paip.Kenal benar aku dengan pinggan tu.Itulah hadiah ibuku sempena kedatanganku ke Australia.
Antum orang tahu tak! Jika ukhwahlah yg menyedarkan antum untuk kembali menjaga apa yg di dalam ketika kita sibuk menyeru ke luar, itu merupakan suatu kemanisan....
Aku terpaku pada kelakuan yg membenarkan kata-katanya. Boleh jadi inilah sebab hubunganku dengan Zulfaqar berantakan.Maklumlah jarang sekali aku berada dirumah. Dahlah tu, masa aku di rumah hanyalah waktu tidurku semata-mata.Kebersihan tandas, susun atur dapur,cuci pinggan mangkuk, dan hampir kesemua hal ehwal rumah diuruskannya.Aku pula hanya sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila menunaikan giliranku memasak. Itupun jika aku punya masa lapang. Benarlah suatu kata pujangga Arab, kalau manusia itu tetap manusia, apa yg ada pada seorang manusia tetapkan ada pada manusia lain. Siapapun di tempat Zulfaqar tentunya sedikit kecil hati dengan kelakuanku. Orang lainpun menyeru orang juga. Namun masih punya masa untuk perkara-perkara lain kerana setiap sesuatu itu ada hak yg perlu kita tunaikan kepadanya. Islam itu syumul bukannya terletak pada keluar menemui orang semata-mata. Itu amat kecil skopnya. Malahan menunaikan hak seumpama itu juga merupakan seruan kepada Islam. Aku berharap ini akan menjadi suatu sempadan buatku di hari mendatang. Sepatutnya aku yg meringankan beban saudaraku sepertimana diajukan ayat 9 surah Al-hasyr. Lebih-lebih aku keluar bertemu manusia untuk keredhaan Illahi bukan maksud duniawi. Masakan aku mendapatnya jika hanya sebahagian hak sahaja yg aku tunaikan dan mengabaikan selainnya.
9. Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor)sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin),mereka (Anshor) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung...
Errrr..Cuma masih ade suatu keraguan,kenapa Zulfaqar mendiamkan sahaja perkara ni? Adakah kerana dia mahu menjaga ukhwah atau .? Entahlah sampai sekarang aku belum dapat menemukan jawapannya. Pintaku agar nanti akan ada mereka yg sanggup untuk menjawabnya.Harapanku biarlah persaudaraan ini bertunjangkan keikhlasan agar ia kekal basah selamanya walaupun di suatu masa nanti kami mungkin tidak lagi sehaluan....
MUSUH vs SAHABAT
hmm..nk cite psl pe ek??
dh 1 week dh ana lalui holiday ni...
hmm,,,kt umah..cm bese la...
bgun pg...solat...mndi...
jemur kain..kemas umah..n wt la..ape yg anak dara kena wt...
huh!kgkdg..rasa penat sgt dok umah..
tp nk wt cmne...huhu...
wlu rasa penat cmne un..msti nk on9 gk...
ana nk kongsi sesuatu ngn antum sume...
MUSUH vs SAHABAT
"Tolaklah (kejahatan yg ditujukan kpdmu) dgn cara yg lbih baik,
apabila engkau berlaku demikian maka org yg mnaruh rasa permusuhan trhdpmu,dgn serta merta akn mnjadi seolah-olah seorg SAHABAT KARIB..."
[surah fussilat:34]
TIPS MENOLAK PERMUSUHAN...
~Maafkan,tnpa mgira pihak siapa yg benar atau salah...
~Jika tidak mampu memaafkan,cepat berlalu dan diam,tnpa membalas...
~Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yg prnah kita lalui bersama dgn 'musuh' kita itu...
~Muhasabah hubungan kita dgn ALLAH..mungkin ALLAH mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu...
~Sedarlah,kita hanya hamba,penuh kekurangan dan kesalahan.. Kita layak disakiti,disalahtafsirkan dan sebagainya...
dh 1 week dh ana lalui holiday ni...
hmm,,,kt umah..cm bese la...
bgun pg...solat...mndi...
jemur kain..kemas umah..n wt la..ape yg anak dara kena wt...
huh!kgkdg..rasa penat sgt dok umah..
tp nk wt cmne...huhu...
wlu rasa penat cmne un..msti nk on9 gk...
ana nk kongsi sesuatu ngn antum sume...
MUSUH vs SAHABAT
"Tolaklah (kejahatan yg ditujukan kpdmu) dgn cara yg lbih baik,
apabila engkau berlaku demikian maka org yg mnaruh rasa permusuhan trhdpmu,dgn serta merta akn mnjadi seolah-olah seorg SAHABAT KARIB..."
[surah fussilat:34]
TIPS MENOLAK PERMUSUHAN...
~Maafkan,tnpa mgira pihak siapa yg benar atau salah...
~Jika tidak mampu memaafkan,cepat berlalu dan diam,tnpa membalas...
~Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yg prnah kita lalui bersama dgn 'musuh' kita itu...
~Muhasabah hubungan kita dgn ALLAH..mungkin ALLAH mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu...
~Sedarlah,kita hanya hamba,penuh kekurangan dan kesalahan.. Kita layak disakiti,disalahtafsirkan dan sebagainya...
Sunday, November 14, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)