Thursday, March 24, 2022

Ramadan Menghampiri

 Seminggu lagi.. nak puasa dah. Pantasnya masa berlalu… 

Lama aku tak update blog. 

Tahun lepas, 16 Januari.. atuk pergi meninggalkan kami.. akulah yang terakhir mengadapnya. Air mata pasti mengalir setiap kali teringat atuk.. baru ku sedar betapa dekatnya kami. 11 hari kemudian, nenek pula menyusul cinta hatinya. Indah sungguh kisah kalian. 

Tenanglah atuk nenek di sana, kita pasti berkumpul lagi di syurga nanti.

Atuk, nenek,

Along Daus.. cucu sulung atuk nenek nak nikah dahh.. sikit ja lagi.. 

lepas ni Sara pula insyaAllah.

Nanti Sara pasti kenalkan atuk n nenek padanya. Atuk, moga H.A tenang dan sabar sepertimu.. Sentiasa menyenangkan. 

Atuk, Sara bersyukur adanya dia dalam hidup sara, atuk. Moga Allah terus jodohkan kami🤍 

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.


اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم

Untuk arwah tok wae, tok ayoh, atuk dan nenek.

Friday, October 23, 2020

Precious Experience

 Sabtu lepas, 17hb aku balik je dari mengajar Azryl, terus mandi sebab ada singgah Maybank jap before sampai rumah. Mandi, solat asar, luruskan belakang jap sementara tunggu Maghrib. Habis solat maghrib ..

“Ting!”

Whatsapp Pn A masuk, 

“Sara, akak ada bad news ni.”

“Suami akak positif, Sara macam mana? Ada demam ke? Aritu dah okay ke?”

Tikaman tepat di dada. 

Aku ada buat dosa apa-apa ke sebelum mengajar Sofea aritu? Ya Allah, ujian ini.

Time tu semua teringat, ada angkat nenek, ada salam atuk. Ya Allah, mereka berisiko tinggi.

Benda first dapat berita tu, aku text dalam group family. Ya Allah time tu dah la solat sendiri, tak join jemaah. Kan Allah dah tarik nikmat jemaah 14hari. 

Lepas dah inform dalam group “Umi❤️Ayah” terus text AA. Time tu rasa nak nangis, nak mengadu semua dekat dia. Then inform team management tutor, depa punya gelabah tu kalah aku. 

Pastuuuu nak betulkan mood nak mengajar kelas pukul 8 tu dari pukul 8 jadi pukul 8.20 kelasnya. Mengamuk Johan, ticer dia lambat. Mana tak lambatnya Johan, drama air mata la sekejap. Ticer dah la tengah musim fragile, empangan mudahlah pecah. 

Then dapat tau Cikgu L ni pun mengajar Sofea, nahhh dia lagi la banyak kali jumpa. Fuhhh! Moga Allah jauhkanlah covid ni dari Cikgu L. 

Fast forward, dah kuarantin hampir tiga hari (Sabtu time maghrib) 17/10 tu sampailah 20/10 dalam pukul 1 camtu Pn A bagitau result dia dan Sofea +ve. Time tu aku macam dah hilang rasa, maybe sebab aku dah kaji risiko tu. so that time aku boleh tenang lagi. Terus bagitau whatsapp group family, text AA sambil tu cari info pasal Pejabat Kesihatan Daerah. Call call PKD dok angkat. Ohhh laaa kawe lupo waktu rehak. 

Sementara nak tunggu pukul dua tu, poie lah maklumkan ke pihak tutor. Yes, sekali lagi depa punya gelabah tu tak boleh bawak bincang. Abis semua manager text aku. Haiyakk! Dah 15 manager guane terr. Dari tadi tenang jadi stress kejap😴 Terus aku bgtau sorang manager tu suruh hantar wakil je tanya. Serabut ahh kalau semua text. Pening aku! Time tu bagi voice je sebab risau kang taip nampak singa aku yang adik-adik je biasa nampak🤣 Anak murid pun susah tau nak nampak sisi tegas plus garang. 

.

.


Haa part swab test later kita sambung. Ciao~

Wednesday, October 14, 2020

Sempena PKPB

 14 Oktober 2020.


Harini, hari pertama PKPB untuk negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

PKPB = Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

CMCO = Conditional Movement Control Order


Kenapa ada PKPB? Sebab kes meningkat. Nak elakkan dari terus merebak. Tapiiiiiiii aku masih kena keluar pergi rumah students sebab depa tamau online. Depa tatau kaaa dari depa aku boleh berjangkit. tapi takpaaa kita jaga SOP bebetui. 

Selamat juga nahh kelmarin ingat Syrian Guy tu dalam kuarantin, kalau dakk jenuh haha. Apooo lah Mai oi. dia kan kontak rapat Dr Zul 

time tu kan sebenarnya bukan nak jumpa sangat pun orang lain. nak jumpa AA je sebenarnya. tapi gigihnyaaa seorang Maisarah, craving Ropis sampai ke Gombak dia. Time tu siap beli extra lagi nak bagi AA. Tapii paip rumah dia pecah pulakk. Tak sempat jumpa katanya.

AA ni kann suka sangat guna ayat tak sempat tu tauu. Kang awak betul-betul tak sempat jumpa saya baru awak tau. (nak nangis pulak taip ayat ni)

Semalam, tetiba jumpa ig Kak Kay. Baca dan tengok stories, huwaa i need to do something. I beli Ebook tapi kak kay kata kena start dari awal. chapter one. Tapi i dah attach n confess acano hahhaha. Dahh tak pepasal nak naturalkan hati semula. 

Sooo kena buka ruang untuk orang lain juga, buat step ni dan step ituu 

Tapiii kenapa kepala fikir AA je walaupun ada yang lain nak kenal kat website ABC tu.


eyyy AA awak dah buat apa kat saya ni. Nak tanya soalan ritu lagi risau awak kata saya pushy tapii takpela up to youu okayy. take your sweet time okayy 

jangan sampai time orang lain dah risik baru awk nak jawab, saya tarik telinga awak. 


Eeeeeeeeee geram okay gerammm susah betul nak reply im kita. 😭😭

Selamat ada morning pepagi je, kalau tak merajuk lagi. (Walaupun takdela suka merajuk sangat, sakit jiwa je)

Okay bubbye.

Friday, February 10, 2017

تجربة الانتخابات العامة مرشح الحرم الجامعي


الحمد لله . بإلذن الله
وقد أعطى الله الفرصة لتجربة هذه الذاكرة رائع
.بدأت هذه الحلقة عندما هناك عدد قليل من قادة الصحابة الطلاب اقتراح لخوض الانتخابات في ذلك الوقت، كانت هناك خيارين
.. إما كلية أو الجمهور. بعد التفكير، والتحدث مع جهة الأب، وصلت أصدقاء آخرين إلى إجماع حول ترشيح مشترك.
. في 27 يناير 2017، أصدرت استمارات الترشيح ثم، في 31 يناير 2017، هو يوم الترشيح. في هذا اليوم يوجد عشرة مرشحون في الانتخابات العامة و رابعة مرشحون في الانتخابات الکلية وهم بالتزکية. يوم التعروف لالمرشحون يقام في يوم التالي في أمام المطعم..في ٢ فبراير،يقام عرض البيان

المرشحين لتقديم بيانهم تشمل بحماس لي بمثابة U05 مرشح
ثلاثة برنامجه الانتخابي الذي كنت قد قدمت اقتراح بناء ممر مغطى وصالة ألعاب رياضية صغيرة وحرة وأي   فأي في حدائق الكلية
بعد عرض عشاء من البيان، بحملات المرشحين بنشاط في جميع أنحاء الحرم الجامعي بما في ذلك في الفصول الدراسية.
في الحملة الانتخابية مشغول، وكنت قد اتخذت من الوقت لمتابعة برنامج NALS2017 من قبل وزارة الشباب تنظم تحت رعاية YB خيري جمال الدين.
كثيرا ما أستطيع عندما يكون هناك وخصوصا عندما الدورة الاتصالات هاربا. العديد من الشخصيات وأنا أعلم الطلاب الذين لديهم.
والذي طال انتظاره ل في 8 فبراير هو يوم الحرم 
الجاميعي. الحمد لله. انا فزت. رابع الأعلى.

Tuesday, October 21, 2014

السلام عليكم ورحمة الله

Jika anda nak bekerja dari rumah dan memiliki kemahiran berikut:

1: Mahir mengunakan komputer & internet.
2: Tahu mengunakan perisian Microsoft Office atau Open Office.
3: Boleh membaca dan menulis dalam berbahasa Inggeris.
4: Tahu apa beza antara Google & Web Browser.

Anda sesuai untuk kerja online freelance seperti:

1: Virtual Assistant (USD$100 per projek)
2: Data Entry (USD$50.00 per projek)
3: Web Research (USD$150.00 per projek)
4: Virtual Customer Service (USD$70.00 per projek)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang online freelancing sila layari link dibawah sekarang!
==> http://jobdirumah.com/myzikry77

Terima kasih,

Yang Benar,
SITI NURMAISARAH BINTI MOHD ZAMRI
maisarahzamri1509@gmail.com

Tuesday, August 26, 2014

Guide Don't Avoid

Alhamdulillah.. syawal telah pun berlalu..kini zulkaedah telah membuka tirainya..
Bersyukurlah kerana kita masih berpeluang menghirup udara .. masih diberi peluang untuk perbaiki diri..
Allahu.. berkata tentang perbaiki diri.. bukan mudah untuk dilakukan..
Diri ini juga masih dalam proses perbaiki diri.. menjadi lebih baik...
Sungguh..halangannya banyak...
Namun..usah kita berputus ..
La taiasu..
Peringatan buat aku dan kamu..
Sokonglah andai dia ingin berubah..
Tegurlah dia andai dia ada lakukan kesalahan..
Berhikmahlah..
Ketahuilah.. tiada manusia yang sempurna...
Semua perlukan nasihat dan teguran..

"GUIDE DON'T AVOID''

*jom cari lagu 'ku ingin berubah-Rabithah'

Friday, May 16, 2014

Guru...

assalamualaikum.. subhanallah.. lamanya ana membiarkan ruangan ini bersarang.. setahun berlalu...
macam-macam peristiwa berlaku.. pahit getir.. suka duka..segalanya telah dilalui.. alhamdulillah 'ala kulli hal.. Allah jualah yang Maha Mengetahui bahawa setiap apa yang berlaku penuh dengan hikmah dan pengajaran.. moga kita semua terus tabah menghadapi ujian kehidupan ini... ingin ana kongsikan satu nasihat dari seorang guru... sempena hari guru sedunia.. 
pepatah arab ada menyebut...

لَوْ لَا مُرَبِّي مَا عَرَفْتُ رَبِّي
Tanpa pendidikku, nescaya takkan ku kenal Tuhanku

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya.Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu
berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, makaberserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,tentu sajamurid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya."Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yangbathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tamamungkinakan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus
disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat launkamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambilQur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...
Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir,sehingga anda tidak sedar."

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu,almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanyamereka."Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,Perang Tartar, danlain-lain.Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan,mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar.
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan
fikiran masing-masing di kepalanya...