Showing posts with label peringatan utk diri n shbt2.... Show all posts
Showing posts with label peringatan utk diri n shbt2.... Show all posts

Monday, April 1, 2013

assalamualaikum...buat sahabat dan sahabiah semua...
moga kita sama2 dinaungi perlindungan dan keberkatan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala..
inshaa ALLAH.

alhamdulillah..masih berpeluang utk bernafas di muka bumi ini...dengan nikmat yang sangat berharga dan tidak ternilai..iaitu nikmat IMAN & ISLAM..

kita sebagai manusia..tidak lengkap hidup ini jika kita hanya melakukan sesuatu perkara tanpa insan lain yang Allah hadirkan sebagai teman.

teman.kawan.sahabat.
merupakan insan yang penting selepas keluarga kita.
kita pastinya perlu menjaga hati mereka sepertimana kita jaga hati ibu bapa kita..adik-adik kita dan saudara mara kita...

namun...
adakah kita pernah sedar...yang sebenarnya...
dalam diam dan tanpa kita sedari..
kita telah MENYAKITI hati sahabat kita.

Apakah yang kita telah lakukan sampai kita tidak sedar yang kita sebenarnya menyakiti mereka???

Just ask yourself.
Think dan Refresh back your mind.
What have you done to your friend since the friendship is begin?
Did your acts and your words had hurt them??

Hmm...what did I do??
Sometimes...we didn't realize that we have hurt them.

Ok..let I give you some example..that our acts or words that have hurt them...

We do something that they do not like.
We do something that interferes them.

Interferes??
What is interferes??

Interferes = to get involved in a situation which does not involve you and where you are not wanted.

ok..simple example.

Staying in your friend's room for a long period of time.
Don't you think that you have interupt other's privacy??
Don't you??

Not everyone can accept the situation.
if you just staying in his/her room just for awile..it's will be ok.

but.

if you make that room like yours.
It will hurt the owner...

Somegoes if you borrow something or eat some food from your friend...
don't use that thing or eat that food like it is yours.......

SO..just think n refresh back your mind n heart...
think that have I give my friends a good treat??
If never, try to be a good friend to them.
Be nice.
Say "sorry" to them that you didn't realize that you have hurt them all this time...

Inshaa ALLAH..
Your friendship will keep long and sweet until Jannatul Firdausi..

Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
[HR al-Bukhari & Muslim]

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya,maka jalinkanlah hubungan silaturahim (dengan ihsan)."
[HR al-Bukhari & Muslim]

Daripada Anas r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."
[HR al-Bukhari & Muslim]

Waallahu'alam.
~peringatan buat sahabat-sahabat dan juga buat diriku yang mudah terlupa~







Monday, August 6, 2012

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL



Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3
(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku
padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah
anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini."
Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku."


Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

"Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
taat kepada suaminya?


Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada
fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan
menurut perintah agama.


Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh
ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak

tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun.


INSYALLAH"

"SEBARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS
PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."