Sunday, January 15, 2012

Segmen : Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ]



assalamualaikum...sahabat2 sperjuangan...


syukran krna tag sy, Sheero ..
i'm tagging 3 of you...
Shidanurul
Hati rindu damba kasih-Mu
World of Ad-Dien(WADi)

mahu sertai segmen ini??
jom tekan sini..

ok..syukran..wassalam..


Friday, January 13, 2012

munajat cinta..


Assalamualaikum.....

Kepada insan2 yg sedang dilamun cinta ...........


Hayatilah munajat cinta ini.......

dan pohonlah pada Allah
swt........

semoga kita tergolong dalam golongan yg benar-benar
beriman.....

INSYA-ALLAH.........

Ya Allah,jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseoarng yang
melabuhkan cintanya padaMU

agar bertambah kekuatan ku untuk
mencintaiMu...

Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,

jagalah cintaku padanya

agar tidak melebihi cintaku pada MU......

Ya Allah, jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yg hatinya tertaut padaMU ,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang
cintaMU.......

Ya Rabbana jika aku jatuh hati ,

jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati MU....

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yg
merindui syahid di jalan MU.......

Ya Allah jika aku rindu,

jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga MU.....

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih MU,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan

indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu......

Ya Allah jika kau jatuh hati pada kekasih MU,

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang

menyeru manusia kepada MU......

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,

jangan biarkan aku melampaui batas

sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

dan rindu abadi hanya kepada Mu.........

Ya Allah,

engkau mengetahui bahawa hati-hati ini

telah berhimpun dalam cinta pada Mu,

telah berjumpa pada taat MU.

telah bersatu dalam dakwah pada MU,

telah berpadu dalam membela syariat Mu.

kukuhkanlah ya Allah ikatannya.

kekalkanlah cintanya.

tunjukkanlah jalan-jalannya .

penuhilah hati-hati ini

dengan nur MU yang tiada pernah pudar .

lapangkanlah dada-dada kami

dengan limpahan keimanan kepada MU

dan keindahan bertawakkal di jalan MU............

P/S :mudahan-mudahan kite dapat sampaikannya kepada muslimin/muslimah yg lain.....

renung dan tenungkanlah adakah kite boleh tergolong dalam
golongan muslimin dan muslimah yg mengharapkan cinta seseorang adalah kerana Allah dan kekasihnya Nabi Muhammad saw..........

CINTAKU PADAMU SETELAH CINTAKU
PADA ALLAH DAN RASULNYA...............

wallahua'alam...........

sabar vs mengeluh

Diantara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,

"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab,

"Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab,

"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah:
"Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "


Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah..
bertemu kembali,,, sebelum ini ana ada bagi tau yang ana ada beli bukukan,, antaranya ini la buku tu,,, ana dah bace sampai habis... alhamdulillah,, mungkin buku ini sesuai bagi muslimat yang baru mula hendak berubah kepada muslimah solehah, tapi sebenarnya yang telah menjadi muslimah solehah pun juga mesti membacanya kerana terdapat perbagai input yang menarik serta banyak menyediakan panduan ibadah dan akhlak yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan pengajaran untuk mengasuh diri kita. Bagaimana ana boleh membeli buku ini ya? mungkin disebabkan ana tertarik dengan tajuknya dan namanya, dan terdetik di hati untuk membelinya, buku ini mengupas dan menyedarkan wanita Muslimah yang larut dengan gaya kehidupan modern. Bacaannya gaya ala santai dan ibarat penulis berbual menginformkan sesuatu kepada kita. Bahagian yang paling ana suka dalam buku ni ialah panduan ibadah dan akhlak yang mana penulis telah membahagi kan kepada satu jadual khas yang tedapat di dalamnye 6 kolum a-solat, b-istigfar, c-puasa, d-akhlak, e-membaca bahan bacaan yang mana telah memberi tunjuk ajar agar kita dapat memulakan amalan sunat dan amalan doa serta hafalan2 surah dari juzuk 30 sampai habis mengikut bulan mesti secara istiqamah la,,hehehe,, satu lagi ana mesti wajibkan diri ana habiskan bahan bacaan buku-buku agama sekurang2nya 2 buah buku sebulan untuk menambahkan tsaqofah ana, penulis ini juga ada cuba menganjurkan dan mencadangkan bacaan kitab-kitab agama yang boleh didapati dipasaran sekarang.Seterusnya buku ana yang kedua, bila baca tajuk rasanya inilah salah satu bahan yang boleh dijadikan rujukan bagi kita sebagai da'ie,, Insya Allah, buku ini bertajuk Bekal Dakwah oleh Syaikh Musthafa Masyur ia sebenarnya sebuah kitab arab yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Menarik sangat untuk dibaca mengupas di setiap perbuatan kita semuanya ada bekal dakwah. contohnya di dalam sirah yang harum terdapat bekal. di ibadah puasa adanya bekaldi dalam ibadat zakat adanya bekaldi dalam ibadat haji adanya bekaldi dalam ibadat qiamullai adanya bekal di dalam ibadah zikir dan doa adanya bekaldi dalam mengikuti sunah terdapatnye bekaldi dalam jihad fi sabilillah adanya bekaldi dalam dakwah ada bekal bergaul dengan sahabat yang soleh dan solehah ada bekalperbuatan amal soleh pun juga ada bekal dak wah
Nampaknya semua perkara yang kita amal dan praktikkan ada nilai dan bekal dakwahnya.walaubagaimanapun kita mestilah membekalkan diri kita ini dengan bekal amalan yang sebaik2nya supaya kita selamat dari apa yang kita takutkan dan mendapat apa yang kita sukai. Jalan dakwah ini adalah jalan kebaikan, jalan yang kita cintai, jalan menuju Allah, menuju keridhaan-Nya, dan menuju syurga-Nya.Firman Allah:38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.39. jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(at-taubah: 38-39)
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi sahabat mungkin boleh mendapatkannya di pasaran... ana mungkin tak dapat nak mengulas seberapa panjang lebar, cukup la sedikit daripada tidak menyumbang apa-apa dalam hidup ini. Ana masih belajar dalam mengapai redha Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan ana dan semua urusan saudara seagama ku.. Allahhuakbar!!!!
jazakillah wassalam..

bertudung..krna ikut perintah o fesyen smata-mata??


Nilai Tudung Wanita

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

jom kuatkn ingatan...=)


Untuk Pelajar : PETUA MENGUATKAN INGATAN

setiap pagi sebelum sarapan,makan sedikit buah anggur atau dengan kata lain kismis.

sebelum study, iaitu ketika hendak membuka buku, mulai dengan membaca doa belajar.

selepas study, diakhiri juga dengan doa.

jangan sekali lupa berdoa setiap kali selepas solat.

amalkan solat tahajud dan solat hajat.

sentiasa berselawat walau dimana saja.

yang plg penting, hormati kedua ibubapa dan juga guru

1.Kurangkan bertutur dengan yang berlainan jantina
2.Jangan minum air gas
3.Jangan makan makanan masam (asam, jeruk, dll)
4.Jangan ketawa terbahak-bahak
5.Rajin sembahyang
6.Baca Yassin tiap malam

1) Jangan banyak buat dosa lebih2 lagi suka mengumpat orang
2) maafkan orang sebelum tidur.

kalau ikutkan kite, Islam dah menggariskan pelbagai panduan yang cantik meliputi sumer sumer dlm kehidupan seharian kite. kan? tapi camne org agama lain bleh maju? leh berjaya? leh berjaya dan senang2 je dpt dean list kalu nak compare ngan student kite. knp? meh Adios citerkan.

1. student lain duk depan2, student kite duk blkg...
2. student lain concentrate, student kite duk sembang kat blkg...
3. student lain dari awal sampai akhir sem stadi, student kite stadi kat awal, stop kat tengah2 dan stadi las minute...

nak kongsi siket ni. student Chinese kan kalu p kelas always bawak air masak. kalu tengahari byk yang beli roti je. then diorang byk mkn supliment. pasal tuh tak ngantuk dlm kelas..leh concentrate..
student kite kalu tengahari, mkn nasi, mkn berat2 then mule la ngantuk dlm kelas.

ingat! ISlam tuh indah.. cube ikut .. insyaAllah, anda leh berjaye..amin.

1. jgn tinggalkan sembahyang.
2. jgn segan, malu, malas dan putus asa tuk mintak doa kat Yang Maha Esa. jgn tunggu kat dekat final xm. then baru terkluar kat mulut "tawakkal je la.."
3. Amalkan pemakanan yang sihat. kismis/madu/air zamzam/cukup vitamin.
4. Amalkan care hidup yang sihat. bersenam/tdo cukup/jgn pakse diri.
5. Amalkan stadi relax. jgn stadi last minit.. kalu bleh maintain stadi dari awal sampai akhir.
6. bykkan bace Al Quran.
7. Sentiase bace doa terangkan ati..
8. sembahyang hajat. mintak Allah terangkan hati, mudahkan ilmu masuk, beri petunjuk dll.
9. Bace bhn pembacaan yang mencabar dan yang berkenaan. please jgn bace bhn yang mengarut.
10. jgn layan pikiran ngan mende2 yang mengarut. kuning/biru..
11. concentrate time dlm kelas...

nak tambah sket petua nie yg aku
gunakan masa study dulu...
kiter selalu lupa pada benda benda remeh
contah pas buang air kecil or air besar tak cuci ngan bersih
make sure biler nak cuci tuh hadir dengan niat

makan jangan lupa berdoa agar makanan yang masuk
dalam tubuh badan tu diberkati supaya hati tak gelap

elakkan makan sampai kenyang perut...

antara perkara lain yg perlu dijaga
simple jek...
masa buang air besar or kecik
jangan sekali kali menelan air liur...
atau meludah ludah....
bila dah abis hajat tuh barulah ludah

,
nk bg tau arr, ilmu ni suatu yg suci dan takkan bercampur dgn unSur yg kotor.

aku nak peringatkan satu jer, jgn tgk benda2 haram klu ilmu nk lekat, yg paling bermasalah skali aku rasa berkaitan dgn mata.

klu kt U, mmg xdpt elak drpd tgk pompuan yg pakai seksi baik yg melayu mahupun bangsa lain especially chinese girl.

tu belum masuk filem omputeh yg penuh ngan unsur 18SX yg ada kat dlm tu.

benda ni nampak simple, tp imam syafie pernah xdpt ingat apa yg beliau hafal sbb x sengaja tertengok aurat pompuan.

apatah lg yg tgk Cd XXX, lg kantoi...

pendek kata, hati mesti mau bersih...jgn buat maksiat dan dosa

tambahan sikit.... (menguatkan ingatan)

1. pastikan sumber makanan HALAL.

2. makan banyak kacang soya,tempe,buah-buahan untuk kuatkan daya ingatan.

3. jangan minum air yang bersemut walau seekor dalam jag besar.

4. jangan makan kepala ikan

5. jangan baca tulisan pada batu nisan

6. jangan tengok najis

7. jangan suka tengok buih sabun

8. jangan mandi telanjang... . seelok2nya berkemban lah... .

9. banyakkan baca al-Quran

10. banyakkan selawat nabi n banyakkan berdoa..

insya-Allah leh berjaya..dunia n akhirat...=)